Monday 2 July 2012


بسم الله رحمن رحيم

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Salam perkenalan kepada semua yang melawati blog ini.

Saya, Rafiah binti Haji Aini, 47 tahun, telah melibatkan diri secara langsung dalam penternakan rusa lebih 21 tahun, bermula dari tahun 1989 hingga sekarang. Membangunkan ladang nukleus rusa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pusat Ternakan Haiwan Lenggong, Perak dan beberapa buah ladang rusa kepunyaan  individu. Terlibat dalam kerja-kerja konsultansi mengenai pembangunan ladang rusa sama ada untuk tujuan komersial dan juga secara kecil-kecilan.  Memberi ceramah dan syarahan mengenai penternakan rusa di seluruh Malaysia. Penulis ingin berkongsi pengalaman,  kemahiran serta pengetahuan dengan individu yang berminat bagi mengetahui serta mendalami ilmu dalam penternakan rusa dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang ini melalui info-info yang akan dipaparkan di blog ini.

Semoga hasrat murni ini mendapat kejayaan dalam memajukan industri rusa ke arah kecemerlangan dan menjadikan bidang ini satu komoditi.

Selamat Maju Jaya, Insyaallah

Terimakasih